WASHINGTON: Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump memberi amaran terhadap Afghanistan apabila menuntut negara yang kini dikuasai Taliban itu menyerahkan semula Pangkalan Udara Bagram kepada Washington. “Jika Afghanistan tidak menyerahkan semula Pangkalan Udara Bagram kepada pihak yang membinanya, iaitu Amerika Syarikat, perkara buruk akan berlaku!!!” kata Trump, 79, menerusi hantaran di platform Truth Social. Ugutan itu dibuat hanya beberapa hari selepas beliau mencetuskan idea untuk AS mengambil semula kawalan terhadap…