LONDON: Agensi kesihatan antarabangsa menolak dakwaan tidak berasas Presiden Amerika Syarikat AS) Donald Trump yang mengaitkan penggunaan ubat tahan sakit harian dan vaksin dengan autisme. Dalam kenyataannya awal minggu ini, Trump menasihatkan wanita hamil supaya mengelakkan pengambilan acetaminophen atau dikenali secara meluas sebagai paracetamol serta mencadangkan ibu bapa menangguhkan pemberian vaksin kepada anak kecil. “Jangan biarkan mereka menyuntik bayi anda dengan begitu banyak benda,” katanya, merujuk kepada jadual imunisasi kanak-kanak.…