PENNSYLVANIA: Tiga anggota polis maut manakala dua lagi cedera parah selepas terlibat dalam insiden tembakan ketika menjalankan siasatan berkaitan kes domestik di daerah York, Pennsylvania, Amerika Syarikat (AS) semalam. Pesuruhjaya Polis Negeri Pennsylvania, Kolonel Christopher Paris memaklumkan suspek yang melepaskan tembakan turut maut selepas berbalas tembak dengan pihak berkuasa. Insiden berlaku sekitar pukul 2 petang (waktu tempatan) di kawasan luar bandar North Codorus Township, kira-kira 160 kilometer dari timur Philadelphia.…










