JAKARTA: Tentera Nasional Indonesia (TNI) menegaskan tiada sebarang rancangan untuk melaksanakan darurat tentera walaupun gelombang demonstrasi besar-besaran melanda Jakarta dan beberapa wilayah lain sejak minggu lalu. Wakil Panglima TNI, Jeneral Tandyo Budi Revita, menjelaskan kehadiran anggota tentera di sekitar ibu kota adalah sebahagian daripada usaha menyokong keselamatan yang diminta secara rasmi oleh pihak berkuasa sivil. “Tindakan TNI adalah berlandaskan peraturan yang sah dan atas permintaan institusi berwajib, bukan untuk mengambil…