GAZA: Sekurang-kurangnya 91 rakyat Palestin terbunuh dalam serangan udara dan darat oleh tentera Israel di seluruh Semenanjung Gaza pada Sabtu, termasuk 45 orang di Gaza City. Serangan itu berlaku walaupun Israel sebelum ini mengarahkan orang awam berpindah ke kawasan tengah dan selatan Gaza, yang digambarkan sebagai zon “selamat”. Namun, serangan berterusan di kawasan tersebut mencetuskan kemarahan pihak berkuasa tempatan. Pejabat Media Kerajaan Gaza menyifatkan arahan pemindahan itu sebagai taktik penipuan…