MANILA: Filipina dan Taiwan mengarahkan pemindahan penduduk pada Ahad menjelang kemungkinan banjir dan tanah runtuh ketika Taufan Super Ragasa semakin menghampiri, dengan kekuatannya meningkat sebelum dijangka melanda selatan China. Agensi kaji cuaca Filipina berkata, ribut berbahaya itu menguat dengan ketara dan dijangka mendarat di wilayah kurang berpenduduk seperti kepulauan Batanes atau Babuyan menjelang petang Selasa. “Pada pukul 11 pagi (waktu tempatan), kelajuan angin maksimum yang berterusan di pusat ribut mencecah…