TEL AVIV: Akhbar Israel, Maariv pada Selasa menyiarkan amaran keras daripada wartawan ketenteraannya, Avi Ashkenazi, yang menyatakan taktik baharu yang digunakan sayap bersenjata Hamas, Briged al-Qassam telah menjadikan askar Israel umpama ‘itik dalam lapang sasar’. Ashkenazi berpendapat perkembangan di Gaza menunjukkan kegagalan tentera Israel belajar daripada kesilapan lalu atau menyesuaikan diri dengan peperangan gerila. Beliau turut mengkritik kerajaan Perdana Menteri Benjamin Netanyahu kerana mendabik dada dengan ‘kejayaan ilusi’ tanpa hala…