PETALING JAYA: Konvoi Global Sumud Flotilla (GSF) semakin menghampiri Gaza apabila sudah memasuki zon kuning di lautan Mediterranean malam tadi sekitar pukul 9.18 malam (waktu Malaysia) dengan jarak kira-kira 300 batu nautika atau 555 kilometer lagi dari wilayah Palestin itu. Kedudukan ini mendedahkan mereka kepada risiko serangan rejim Zionis sama ada menggunakan dron atau tentera komando terhadap 46 buah kapal GSF dari 42 negara dengan 400 pelayar termasuk 34 rakyat…