JAKARTA: Seorang lagi anggota polis Indonesia yang memandu kenderaan perisai sehingga menyebabkan kematian seorang penghantar makanan, Affan Kurniawan dalam protes jalanan di ibu negara diturunkan pangkat selama tujuh tahun. Ketua Brigedier Rohmat didapati bersalah melanggar etika pasukan semasa perbicaraan tatatertib pada Khamis, namun tidak dipecat. Menurut Suruhanjaya Polis Nasional (Kompolnas), tindakan Rohmat adalah berdasarkan arahan ketuanya, Komander Cosmas Kaju Gae, yang sudah dipecat sehari sebelum itu. Komisioner Kompolnas, Ida Oetari…