LONDON: Sekumpulan saintis dari Britain, Denmark, Jerman dan Switzerland berjaya membangunkan satu model kecerdasan buatan (AI) baharu yang mampu meramal diagnosis perubatan bertahun-tahun lebih awal, berasaskan teknologi sama di sebalik chatbot popular seperti ChatGPT. Model dinamakan Delphi-2M itu boleh meramal lebih 1,000 jenis penyakit pada masa hadapan dengan menggunakan rekod sejarah kesihatan pesakit, menurut kajian yang diterbitkan dalam jurnal Nature. Penyelidik melatih model tersebut menggunakan data daripada UK Biobank, pangkalan…