Russia, negara iktiraf Palestin jadi sasaran Trump di UNGA

Russia, negara iktiraf Palestin jadi sasaran Trump di UNGA

DONALD TRUMP selepas berucap dalam Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNGA) di New York, Amerika Syarikat. – AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

NEW YORK: Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump memberi amaran keras kepada Russia yang Washington bersedia mengenakan tindakan ekonomi tegas jika Moscow enggan menamatkan perang di Ukraine.

Dalam ucapan lantang dan kontroversi selama hampir sejam di Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNGA), Trump turut menolak usaha antarabangsa untuk mengiktiraf negara Palestin, sambil menyerang dasar migrasi dan perubahan iklim global.

Ucapan yang mencerminkan pendirian Trump itu disifatkan sebagai satu serangan balas terhadap badan dunia dan rakan sekutu Barat.

Ia juga menandakan kembalinya nada konfrontasi yang menjadi ciri kepimpinannya sebelum ini menyaksikan para pemimpin dunia yang hadir hanya memberikan tepukan sopan ketika beliau menamatkan ucapan.

Trump memberi tekanan terhadap Presiden Russia, Vladimir Putin, dengan menyatakan bahawa AS sedia mengenakan tarif ekonomi yang sangat berat jika Rusia tidak bersedia membuat perjanjian damai.

Namun, beliau menekankan langkah itu hanya akan berkesan sekiranya negara-negara Eropah turut serta mengenakan tindakan serupa.

“Sekiranya Russia tidak bersedia untuk menamatkan perang, AS akan melaksanakan pusingan tarif ekonomi yang amat kuat dan saya percaya ia akan menghentikan pertumpahan darah dengan cepat,” kata Trump.

Trump tidak memperincikan bentuk sekatan tersebut, tetapi beliau mempertimbangkan pakej tindakan termasuk mengenakan sekatan terhadap negara-negara yang terus menjalankan urus niaga dengan Russia seperti China dan India.

Dalam isu Palestin, Trump secara terang-terangan menolak usaha antarabangsa untuk mengiktiraf sebuah negara Palestin yang berdaulat.

Beliau menyifatkan langkah itu sebagai ‘ganjaran kepada pengganas Hamas’ dan mengulangi gesaannya agar semua tebusan dikembalikan segera.

“Kita mesti hentikan perang di Gaza sekarang juga. Kita mesti runding damai dengan segera,” katanya.

Trump juga menyerang dasar migrasi global dan menuduh PBB menyokong migrasi tanpa kawalan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN