BUCHAREST: Kedutaan Russia di Romania berkata, pencerobohan sebuah dron ke ruang udara negara itu merupakan satu provokasi oleh Ukraine. Kenyataan itu dibuat Duta Besar Russia ke Romania, Vladimir Lipayev selepas kedutaan Moscow dipanggil oleh kementerian luar Romania berhubung insiden berkenaan. Lipayev berkata, tuduhan Romania yang mendakwa Russia bertanggungjawab ke atas pencerobohan itu adalah ‘tidak berasas’. “Segala fakta membawa kepada kepercayaan bahawa ia adalah satu provokasi yang disengajakan oleh rejim Kyiv.…










