JALALABAD: Operasi menyelamat besar-besaran giat dijalankan di Afghanistan pada Isnin selepas gempa bumi sekuat 6.0 skala Richter dan beberapa gegaran susulan mengakibatkan ratusan rumah runtuh. Keadaan itu menyaksikan setakat ini lebih 800 nyawa terkorban, menurut Kementerian Dalam Negeri Afghanistan dengan angka itu boleh meningkat dari semasa ke semasa susulan ramai penduduk terperangkap di bawah runtuhan rumah serta bangunan. Gempa bumi itu berlaku beberapa minit sebelum tengah malam Ahad, menggegarkan bangunan…










