TIANJIN: Presiden Russia, Vladimir Putin semalam mendedahkan persefahaman yang dicapai bersama Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump pada sidang kemuncak Ogos lalu membuka laluan ke arah perdamaian di Ukraine. Putin berkata, perkembangan itu akan diperincikan ketika pertemuan dua hala bersama pemimpin-pemimpin dunia yang menghadiri Sidang Kemuncak Pertubuhan Kerjasama Shanghai (SCO) di Tianjin yang dipengerusikan Presiden China, Xi Jinping. “Kami amat menghargai usaha dan cadangan yang dikemukakan oleh China dan India…










