CAMBRIDGE: Kemerosotan ekonomi global bakal menjadi ancaman besar akibat perubahan iklim, menurut kajian baharu Universiti Cambridge yang memberi amaran pemanasan global boleh menjadikan purata pendapatan manusia 24 peratus lebih rendah menjelang tahun 2100. Para penyelidik berkata, perubahan iklim akan menjejaskan semua negara sama ada beriklim panas atau sejuk, kaya mahupun miskin dengan peningkatan pengangguran, gaji rendah, penutupan perniagaan dan penurunan taraf hidup. “Kajian kami menunjukkan bahawa perubahan iklim mengurangkan pendapatan…