BANGKOK: Perdana Menteri sementara Thailand, Phumtham Wechayachai, kini berdepan aduan lese majeste berikutan tindakannya memohon perkenan Raja untuk membubarkan Dewan Perwakilan. Aduan tersebut difailkan pada Rabu oleh Ahli Parlimen Senarai Parti New Democracy, Suratin Pichan, bersama seorang aktivis politik, Thaikorn Polsuwan, di Biro Siasatan Pusat, Bangkok. Dalam masa yang sama, Parti Bhumjaithai turut menyerahkan aduan berasingan, menuduh Phumtham melakukan salah laku sewaktu memegang jawatan. Thaikorn mendakwa sebagai Perdana Menteri sementara,…