PARIS: Parlimen Perancis menyingkirkan kerajaan Perdana Menteri Francois Bayrou selepas hanya sembilan bulan beliau memegang jawatan itu, memaksa Presiden Emmanuel Macron segera mencari pengganti baharu dalam tempoh beberapa hari akan datang. Bayrou mengejutkan bukan sahaja pihak lawan, malah sekutunya sendiri apabila beliau memanggil undian keyakinan untuk menamatkan kebuntuan berpanjangan berhubung bajet berjimat cermat yang dicadangkannya, termasuk pemotongan perbelanjaan hampir 44 bilion euro bagi mengurangkan hutang negara. Dalam undian di Dewan…










