GENEVA: Lapisan ozon bumi kini berada di landasan untuk pulih sepenuhnya dan menjadi suatu kejayaan besar dalam usaha melindungi alam sekitar. Namun, laporan baharu memberi amaran perkembangan positif ini sebaliknya berpotensi menyumbang kepada peningkatan pemanasan global. Pertubuhan Meteorologi Dunia (WMO) dalam laporan yang dikeluarkan sempena Hari Antarabangsa Pemeliharaan Lapisan Ozon pada Selasa menyatakan saiz ‘lubang ozon’ pada 2024 mengecil berbanding tahun-tahun sebelumnya. “40 tahun lalu, negara-negara bersatu melindungi lapisan ozon…