PARIS: Jawatankuasa Parlimen Perancis mencadangkan kanak-kanak bawah usia 15 tahun di negara itu dilarang menggunakan media sosial, manakala remaja berusia 15 hingga 18 tahun pula berdepan perintah berkurung digital pada waktu malam. Cadangan tersebut adalah hasil siasatan selama enam bulan terhadap kesan psikologi aplikasi TikTok terhadap golongan bawah umur. Ketua siasatan, Laure Miller berkata, rekaan aplikasi itu yang bersifat ketagihan serta algoritmanya telah ditiru oleh platform media sosial lain. “Sudah…