SAN FRANCISCO: Ibu bapa kepada remaja yang menggunakan platform ChatGPT bakal menerima notifikasi sekiranya sistem mengesan anak mereka berada dalam keadaan tekanan emosi akut, menurut pengumuman terbaharu OpenAI. Langkah itu merupakan sebahagian daripada kawalan ibu bapa baharu yang diperkenalkan selepas isu keselamatan remaja pengguna platform kecerdasan buatan (AI) itu menjadi tumpuan berikutan tindakan saman oleh sepasang suami isteri di California minggu lalu. Pasangan berkenaan, Matt dan Maria Raine, memfailkan saman…