BOGOTA: Presiden Colombia, Gustavo Petro menyifatkan keputusan Amerika Syarikat (AS) membatalkan visanya sebagai satu pelanggaran prinsip kekebalan diplomatik dan memberi isyarat New York mungkin tidak lagi sesuai untuk menjadi lokasi ibu pejabat Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB). Bercakap pada Sabtu, Petro berkata tindakan Washington itu mencabuli asas undang-undang antarabangsa yang menjadi teras kewujudan PBB, lapor agensi berita Xinhua. Pada Jumaat, beliau menyertai demonstrasi pro-Palestin di luar ibu pejabat PBB di New…