LONDON: Syarikat gergasi teknologi, Meta dikecam hebat selepas didakwa menggunakan gambar murid perempuan berpakaian seragam sekolah sebagai bahan promosi untuk aplikasi media sosial Threads, sekali gus mencetuskan kebimbangan ibu bapa mengenai keselamatan anak-anak mereka di alam maya. Seorang lelaki berusia 37 tahun dari London mendakwa, beberapa hari lalu dia menerima cadangan untuk memuat turun Threads di aplikasi Instagram miliknya dan promosi tersebut dipaparkan bersama gambar kanak-kanak perempuan seawal usia 13…










