NEW YORK: Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) memberi amaran masa semakin suntuk untuk mengelakkan kebuluran merebak lebih parah di Gaza, sambil menggesa Israel membenarkan penghantaran bantuan tanpa halangan ke wilayah itu yang kini terus dibedil. Menurut badan pemantau kelaparan global, ratusan ribu penduduk Palestin di Gaza, termasuk di Gaza City kini berada pada tahap mengalami atau berisiko tinggi kebuluran. Israel pada Mac hingga pertengahan Mei lalu menghentikan semua bantuan selama 11…