ISLAMABAD: Sekurang-kurangnya 30 orang terkorban dan lebih 1.5 juta penduduk terjejas apabila banjir besar melanda sungai Chenab, Ravi dan Sutlej, menenggelamkan lebih 2,300 kampung di wilayah Punjab, yang merupakan kawasan pengeluar makanan utama negara. Menurut Pihak Berkuasa Pengurusan Bencana Wilayah (PDMA), banjir itu menyebabkan kawasan luas di wilayah paling padat penduduk itu tenggelam, menyukarkan operasi menyelamat dan bantuan, serta memaksa hampir setengah juta orang dipindahkan ke kawasan yang lebih selamat.…