EDINBURGH: Para saintis mendedahkan sebuah planet bersaiz bumi yang terletak hanya 40 tahun cahaya dari bumi berpotensi menjadi rumah kepada kehidupan asing. Planet tersebut dikenali sebagai TRAPPIST-1e, mengorbit bintangnya dalam kawasan yang dipanggil Zon Goldilocks iaitu zon yang membolehkan kewujudan air dalam bentuk cecair di permukaan, berkemungkinan sebagai lautan global. Namun, keadaan itu hanya boleh berlaku sekiranya planet tersebut mempunyai atmosfera untuk mengekalkan kestabilan suhunya. Menerusi data baharu daripada Teleskop…