KABUL: Pemerintah Taliban di Afghanistan merayu bantuan antarabangsa selepas gempa bumi kuat mengorbankan ratusan nyawa dan memusnahkan seluruh perkampungan di negara itu, sekali gus menambah penderitaan penduduk yang sudah lama berdepan kekurangan makanan dan pemotongan dana asing. Sekurang-kurangnya 1,411 orang terkorban manakala 3,124 lagi cedera selepas gempa bumi berukuran 6.0 magnitud melanda beberapa bandar dan kampung berhampiran sempadan Pakistan pada Ahad lalu. Menurut jurucakap kerajaan Taliban, Zabihullah Mujahid, lebih 5,400…