BANGKOK: Kerajaan sementara Thailand pada Rabu mengumumkan langkah untuk membubarkan Parlimen, selepas parti pembangkang terbesar menyatakan sokongan kepada calon perdana menteri yang menjadi saingan mereka. Keputusan itu yang berpotensi mencetuskan perdebatan undang-undang boleh membawa kepada pilihan raya baharu sebelum akhir tahun ini, hanya dua tahun selepas pilihan raya terakhir pada Mei 2023. Kekosongan kuasa melanda Pejabat Perdana Menteri sejak Jumaat lalu apabila Paetongtarn Shinawatra digugurkan oleh Mahkamah Perlembagaan kerana melanggar…