TEL AVIV: Jawatankuasa Keselamatan Negara Knesset Israel pada Ahad meluluskan rang undang-undang (RUU) yang akan mengenakan hukuman mati terhadap tahanan Palestin, sekali gus membuka jalan untuk bacaan pertama di Parlimen. Usul itu diluluskan dengan undian 4–1, meskipun peguam penasihat jawatankuasa menegaskan pengundian tidak boleh dijalankan ketika sidang Knesset dalam cuti rehat. Jabatan perundangan jawatankuasa kemudian memberi amaran bahawa keputusan tersebut adalah ‘batal dan tidak sah’ kerana badan keselamatan dan profesional…