KATHMANDU: Isteri kepada bekas Perdana Menteri Nepal maut selepas perusuh memerangkapnya di dalam rumah sebelum membakar kediaman itu dalam insiden tragis yang berlaku ketika protes ganas tercetus berhubung larangan penggunaan puluhan laman media sosial. Rajyalaxmi Chitrakar, isteri kepada bekas Perdana Menteri Jhala Nath Khanal sempat dikejarkan ke hospital namun disahkan meninggal dunia, menurut laporan media tempatan. Serangan mengerikan itu berlaku di kediaman mereka di Dallu, di mana sekumpulan perusuh bertindak…