Israel rancang pintas Global Sumud Flotilla, tahan aktivis dan tenggelamkan kapal

Israel rancang pintas Global Sumud Flotilla, tahan aktivis dan tenggelamkan kapal

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TEL AVIV: Israel merancang memintas dan menenggelamkan kapal-kapal Global Sumud Flotilla (GSF) yang sedang belayar ke Gaza bagi menghantar bantuan ke wilayah Palestin itu, menurut laporan Channel 12.

Sebanyak 45 buah kapal yang kini berada di perairan antarabangsa selepas meninggallan Crete di Greece, dijangka tiba di kawasan perairan Gaza yang dikawal ketat Israel dalam beberapa hari akan datang.

Pada fasa pertama, anggota unit Shayetet 13 dilaporkan akan mengambil alih kapal-kapal tersebut.

Menurut laporan itu, mereka yang enggan menaiki kapal dan menerima penghantaran pulang secara sukarela akan ditahan.

Selepas pemindahan aktivis, bot-bot berkenaan dilaporkan akan dirampas atau ditenggelamkan.

Potensi konflik laut yang rumit ini mendorong Israel untuk cuba berunding secara langsung dengan para aktivis, menawarkan untuk menyampaikan bantuan yang didakwa dibawa kapal-kapal itu ke Gaza sekiranya mereka berlabuh di Ashkelon.

Namun, aktivis menolak tawaran tersebut dan mengumumkan hasrat untuk meneruskan pelayaran ke Gaza.

Sejak menolak tawaran itu, para aktivis mendakwa Israel bertindak menyasarkan kapal-kapal tersebut dengan dron, menyebabkan beberapa negara menghantar kapal perang untuk mengiringi mereka sepanjang perjalanan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN