WASHINGTON: Seorang pegawai kanan Israel memberi amaran pemimpin-pemimpin Hamas yang terselamat dalam serangan udara di Doha baru-baru ini akan menjadi sasaran dalam operasi ketenteraan seterusnya, sekaligus meningkatkan ketegangan ketika rundingan damai masih berlangsung. Serangan pada 9 September lalu, yang menyasarkan kepimpinan tertinggi Hamas di ibu negara Qatar, berlaku serentak dengan rundingan gencatan senjata yang sedang dimediasi oleh Doha. Tindakan Israel itu telah mencetuskan kecaman hebat dari Qatar serta kritikan langsung…










