BAITULMUQADDIS: Tentera Israel semalam mendakwa sudah menguasai 40 peratus daripada kawasan Gaza City, ketika serangan udara dan darat oleh rejim Zionis terus memaksa ribuan penduduk Palestin meninggalkan kediaman mereka. Namun begitu, masih ramai penduduk Gaza yang enggan menurut arahan pemindahan paksa oleh Israel, sebaliknya memilih untuk terus bertahan di celah-celah runtuhan bangunan, di kawasan yang kini menjadi medan pertempuran sengit. Dalam pada itu, Kementerian Kesihatan Gaza melaporkan sekurang-kurangnya 53 orang…