GAZA: Serangan tanpa henti Israel yang berlarutan lebih 700 hari menjadikan Semenanjung Gaza umpama padang jarak dengan hampir keseluruhan infrastrukturnya musnah dan kerugian dianggarkan melebihi AS$68 bilion (RM287 bilion). Menurut Pejabat Media Kerajaan Gaza, kempen ketenteraan Israel memusnahkan 90 peratus infrastruktur Gaza, selain melaksanakan dasar sistematik pembunuhan beramai-ramai dan pengusiran paksa. Data semasa menunjukkan lebih 73,700 orang terbunuh atau masih hilang, termasuk 20,000 kanak-kanak dan 12,500 wanita. Sebanyak 2,700 keluarga…