Hadkan tontonan dua video TikTok di tandas elak buasir

Hadkan tontonan dua video TikTok di tandas elak buasir

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BOSTON: Orang ramai yang gemar membawa telefon pintar ke tandas dinasihatkan mengehadkan tontonan kepada hanya dua video TikTok bagi mengurangkan risiko buasir.

Kajian mendapati mereka yang kerap melayari telefon ketika di tandas lebih cenderung mengalami buasir berbanding individu yang tidak membawa peranti ke bilik air.

Mereka yang duduk lebih lama di tandas bersama telefon pintar berisiko tinggi mendapat pembengkakan salur darah di kawasan dubur, yang lebih dikenali sebagai buasir.

Walaupun masih di peringkat awal, hasil kajian itu mendorong pakar menasihati orang ramai supaya meninggalkan telefon pintar di luar tandas atau sekurang-kurangnya menghadkan masa melayari aplikasi agar tidak leka sehingga duduk terlalu lama.

“Letakkan telefon anda di luar. Apabila masuk ke tandas, anda hanya ada satu tugas dan fokuslah padanya. Jika selepas lima minit tiada apa-apa berlaku, bangun, rehat seketika dan cuba lagi kemudian,” kata Pakar Gastroenterologi di Beth Israel Deaconess Medical Center, Boston, Dr Trisha Pasricha.

Kajian melibatkan 125 orang peserta berusia 45 tahun ke atas yang menjalani kolonoskopi dalam program saringan kanser usus. Mereka turut melengkapkan soal selidik mengenai diet, aktiviti fizikal serta tabiat membuang air besar, termasuk sama ada mereka membawa telefon ke tandas dan aplikasi apa yang digunakan.

Hasilnya, dua per tiga responden mengakui membawa telefon ke tandas, kebanyakannya untuk menatal berita dan media sosial.

Selepas mengambil kira faktor risiko lain seperti usia, kurang aktiviti fizikal dan pengambilan serat yang rendah, didapati mereka yang melayari telefon di tandas adalah 46 peratus lebih berisiko mengalami buasir berbanding mereka yang tidak berbuat demikian.

Lebih daripada satu per tiga (37 peratus) pengguna telefon menghabiskan lebih lima minit di tandas, berbanding hanya tujuh peratus bagi mereka yang tidak membawa telefon.

Menurut Pasricha, membaca bahan bercetak di tandas bukanlah sesuatu yang baharu, namun aplikasi seperti TikTok dan Instagram jauh lebih mengasyikkan sehingga membuatkan pengguna hilang jejak masa.

“Model perniagaan aplikasi-aplikasi ini memang dicipta untuk membuatkan anda leka. Generasi sebelum era TikTok hanya membaca surat khabar atau majalah, tidaklah sampai tahap gangguan masa seperti sekarang,” jelasnya. –AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×