BERLIN: Seorang guru di Jerman yang bercuti sakit sejak 2009 sambil menerima gaji penuh, mengejutkan banyak pihak apabila bertindak menyaman majikannya selepas diminta menjalani pemeriksaan kesihatan bagi mengesahkan keadaannya. Guru yang tidak dinamakan itu berkhidmat di sebuah kolej vokasional di Wesel, negeri North Rhine-Westphalia dilaporkan tidak hadir bertugas selama 16 tahun, namun tetap menikmati gaji penuh berstatus penjawat awam atau ‘beamte’, iaitu kedudukan yang memberi pelbagai keistimewaan termasuk gaji penuh…