KABUL: Sekurang-kurangnya sembilan orang terkorban dan 25 lagi cedera selepas gempa bumi berukuran 6.0 skala Richter melanda wilayah timur Afghanistan lewat malam Ahad, menurut pegawai kesihatan tempatan. Gempa berlaku pada pukul 12.47 pagi waktu tempatan, dengan pusat gegaran terletak kira-kira 27 kilometer timur laut Jalalabad, wilayah Nangarhar, pada kedalaman lapan kilometer. Gegaran kuat dirasai sejauh Islamabad dan Delhi, menyebabkan penduduk panik keluar dari bangunan. Menurut laporan dari Jabatan Kesihatan Nangarhar,…