ISTANBUL: Flotila Global Sumud pada Rabu mengumumkan pasukan perundangannya akan memfailkan kes terhadap Israel di Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) berikutan siri serangan dron berulang terhadap kapal-kapal bantuan yang menuju ke Semenanjung Gaza, lapor Anadolu. Abdelhaq Benqadi, peguam Maghribi yang mewakili Kesatuan Peguam Arab dalam misi itu berkata, pasukannya giat mengumpul bukti jenayah perang di laut, termasuk jenis dan jumlah dron, gangguan elektronik, peluru yang digunakan serta kerosakan yang berlaku sebelum…