BEIJING: Seorang lelaki warga emas di China berdepan risiko kehilangan semua gigi selepas cuba membuat gigi palsu sendiri menggunakan resin khas yang dibeli secara dalam talian bagi menjimatkan kos rawatan. Insiden itu dikongsikan seorang pengamal pergigian, Liu, yang mengendalikan klinik gigi di Tianjin, dengan memuat naik beberapa foto mengejutkan di laman Weibo, menunjukkan gigi atas dan bawah pesakit berkenaan disaluti bahan keras berwarna coklat. Menurut Liu, lelaki terbabit mengalami kesukaran…