BEIJING: China hari ini membuka jambatan tertinggi di dunia kepada trafik, menandakan kejayaan kejuruteraan moden yang mengambil masa lebih tiga tahun untuk disiapkan dan sekali gus merampas gelaran tersebut daripada sebuah jambatan lain di wilayah yang sama. Jambatan Grand Canyon Huajiang, yang menjulang setinggi 625 meter di atas sungai dan gaung di wilayah berbukit Guizhou, kini menjadi struktur jambatan tertinggi dunia, mengatasi Jambatan Beipanjiang setinggi 565 meter, juga terletak di…