WASHINGTON: Amerika Syarikat (AS) merancang menamatkan bantuan ketenteraan yang sudah lama diberikan kepada negara-negara Eropah yang bersempadan dengan Russia, ketika pentadbiran Presiden Donald Trump mendesak benua itu untuk memainkan peranan lebih besar dalam pertahanan sendiri, lapor media pada Khamis. Akhbar The Washington Post memetik enam individu yang mengetahui perkara itu, mengesahkan langkah tersebut, yang dilaporkan bakal memberi kesan kepada ratusan juta dolar bantuan yang bertujuan memperkukuh pertahanan terhadap ancaman Rusia.…