Ambil semula pendatang atau Venezuela hadapi akibat yang dahsyat - Trump - Utusan Malaysia

Ambil semula pendatang atau Venezuela hadapi akibat yang dahsyat – Trump

DONALD TRUMP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

WASHINGTON: Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump memberi amaran keras terhadap Venezuela, menegaskan negara itu bakal menghadapi akibat ‘dahsyat’ jika enggan menerima pulang pendatang yang digelarnya sebagai banduan dan pesakit mental.

“Halau semua pendatang itu, jika tidak, Venezuela berdepan dengan akibat yang dahsyat!,” tulis trump menerusi Truth Social.

Trump menuduh Venezuela “memaksa” golongan bermasalah itu memasuki AS menambah ketegangan hubungan antara kedua negara.

Amaran keras ini muncul sehari selepas AS melancarkan serangan ketenteraan ke atas sebuah bot yang didakwa membawa dadah dari Venezuela di perairan Caribbean, yang mengakibatkan kematian tiga lelaki.

Venezuela menuduh AS melancarkan “perang tidak diisytiharkan” dan menggesa Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menyiasat sekurang-kurangnya tiga serangan ke atas bot sejak awal September, yang meragut 17 nyawa.

Washington kini sudah mengerahkan tujuh kapal perang, sebuah kapal selam nuklear, dan pesawat pejuang F-35 ke kawasan perairan antarabangsa berhampiran Venezuela, disokong dengan penempatan pesawat pejuang tambahan di Puerto Rico.

Trump menegaskan operasi itu bertujuan memerangi dadah, namun sehingga kini tiada bukti kukuh menunjukkan bot yang disasarkan benar-benar terlibat dengan penyeludupan.

Beberapa penganalisis undang-undang memberi amaran tindakan serangan itu mungkin dianggap sebagai pembunuhan di luar proses undang-undang, memburukkan lagi ketegangan yang sudah tinggi.

Presiden Venezuela, Nicolas Maduro, yang kerap menuduh Washington mahu menggulingkan pemerintahannya, berikrar menggerakkan lebih empat juta anggota pasukan simpanan untuk mempertahankan kedaulatan negara.

Dalam satu langkah mengejutkan, Maduro menghantar surat peribadi kepada Trump beberapa hari selepas serangan pertama AS ke atas bot Venezuela, menawarkan rundingan “terus dan jujur” bagi mengatasi ketegangan dan “gangguan media serta berita palsu.”

Namun, hubungan kedua negara kekal tegang apabila saluran YouTube rasmi Maduro tiba-tiba hilang dari platform tersebut, yang dilaporkan berlaku tanpa sebarang justifikasi sewaktu AS menjalankan operasi peperangan hibrid sepenuhnya terhadap Venezuela.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×