TIRANA: Albania melakar sejarah apabila melantik seorang ‘menteri kabinet maya’ pertama yang dicipta melalui kecerdasan buatan (AI) bagi mengendalikan urusan perolehan awam dalam usaha membanteras rasuah, umum Perdana Menteri, Edi Rama. Tokoh maya berkenaan dikenali sebagai Diella yang bermaksud matahari dalam bahasa Albania yang sejak Januari lalu sudah digunakan sebagai pembantu digital untuk membantu rakyat mengakses kira-kira 95 peratus perkhidmatan kerajaan melalui portal e-Albania. “Diella, anggota Kabinet pertama yang tidak…