LONDON: Seorang lelaki warga emas berusia 76 tahun dihadapkan ke mahkamah Britain semalam selepas didakwa mencampurkan ubat pelali ke dalam gula-gula sehingga menyebabkan beberapa kanak-kanak jatuh sakit ketika menghadiri kem musim panas hujung minggu lalu. Tertuduh, John Ruben dari Leicestershire, Britain, didakwa atas tiga pertuduhan sengaja melakukan penderaan terhadap kanak-kanak. Tindakan itu dijelaskan dalam kenyataan yang dikeluarkan Polis Leicestershire dan Perkhidmatan Pendakwaan Mahkota (CPS) yang bertanggungjawab mengesahkan pertuduhan jenayah di…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya