GENEVA: Rundingan memuktamadkan perjanjian global memerangi pencemaran plastik bertukar tegang dan tidak menentu apabila puluhan negara menolak draf terkini yang dibentangkan, sekali gus menggagalkan kemajuan dalam rundingan yang sudah berjalan selama hampir dua setengah tahun. Perjanjian yang diusahakan oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) ini dibincangkan oleh 184 negara di Geneva, dengan masa yang semakin suntuk untuk mencapai kesepakatan. Pengerusi rundingan, Luis Vayas Valdivieso dari Ecuador, membentangkan draf baharu yang telah…










