JAKARTA: Presiden Indonesia, Prabowo Subianto membatalkan lawatan yang dirancang ke China susulan protes semakin merebak keluar dari ibu kota Jakarta. Prabowo dijadualkan menghadiri perarakan “Victory Day” di China pada 3 September sempena memperingati ulang tahun ke-80 tamatnya Perang Dunia Kedua, iaitu selepas Jepun menyerah kalah secara rasmi. Protes tersebut, yang merupakan ujian besar pertama bagi kerajaan Prabowo yang hampir setahun mentadbir, bermula di Jakarta minggu ini berikutan isu gaji ahli…