Pelancong ke AS mungkin dikenakan bon AS$15,000

Pelancong ke AS mungkin dikenakan bon AS$15,000

SEBUAH pesawat melintasi patung ikonik Liberty di New York, Amerika Syarikat. – AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

WASHINGTON: Amerika Syarikat (AS) mungkin mengenakan bon jaminan sehingga AS$15,000 (RM63,455) bagi sesetengah visa pelancong dan perniagaan di bawah satu program perintis yang akan dilancarkan dalam tempoh dua minggu.

Menurut satu notis kerajaan pada Isnin, langkah ini bertujuan membendung masalah pelawat yang tinggal melebihi tempoh visa mereka.

Program ini memberi kuasa kepada pegawai konsulat AS untuk mengenakan bon kepada pelawat dari negara-negara yang mempunyai kadar pelanggaran visa yang tinggi.

Bon juga boleh dikenakan kepada individu dari negara yang dianggap tidak mempunyai maklumat saringan dan semakan latar belakang yang mencukupi, menurut notis tersebut.

Pada Jun lalu, Presiden Donald Trump mengeluarkan larangan perjalanan yang menyekat sepenuhnya atau sebahagian warga dari 19 negara daripada memasuki AS atas alasan keselamatan negara.

Dasar imigresen Trump menyebabkan sesetengah pelawat memilih untuk tidak melancong ke negara ini.

Program visa baharu ini akan mula berkuat kuasa pada 20 Ogos dan dijangka berlangsung selama kira-kira setahun.

Pegawai konsular akan mempunyai tiga pilihan amaun bon bagi pemohon visa yang dikenakan syarat itersebut iaitu sebanyak AS$5,000 (RM21,149), AS$10,000 (RM42,299) atau AS$15,000, tetapi secara umum dijangka mengenakan sekurang-kurangnya AS$10,000.

Wang bon akan dipulangkan kepada pelawat jika mereka meninggalkan AS mengikut syarat visa yang ditetapkan

Antara negara yang berisiko melanggar visa ialah Chad, Eritrea, Haiti, Myanmar dan Yaman.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN