JAKARTA: Pimpinan Pusat Nasdem mengumumkan penggantungan tugas dua wakil rakyat mereka yang juga Ahli Dewan Perwakilan Rakyat (DPR), Ahmad Sahroni dan Nafa Urbach ekoran kenyataan kedua-duanya baru-baru ini yang dianggap menyinggung perasaan rakyat dan memburukkan lagi gelombang protes di negara itu. Beliau menjelaskan, ucapan Ahmad dan Nafa juga dilihat bercanggah dengan perjuangan asas parti tersebut. “Dalam menjalankan amanah sebagai wakil rakyat, terdapat kenyataan daripada anggota DPR Nasdem yang menyinggung dan…