LONDON: Pakar memberi amaran dunia berdepan satu krisis plastik yang menyebabkan penyakit dan kematian dari peringkat bayi sehingga ke usia lanjut serta menyumbang kepada kerugian kesihatan global sekurang-kurangnya AS$1.5 trilion (RM6.35 trilion) setiap tahun. The Guardian melaporkan, satu ulasan kumpulan pakar yang diterbitkan baru-baru ini menyimpulkan plastik merupakan bahaya besar, semakin meningkat dan kurang diberi perhatian terhadap kesihatan manusia dan alam sekitar. Punca utama krisis ini ialah peningkatan mendadak dalam…










