SEOUL: Korean Air mengumumkan pembelian 103 pesawat generasi baharu daripada Boeing, dalam perjanjian yang mencatat rekod sebagai urus niaga terbesar dalam sejarah industri penerbangan Korea Selatan. Pengumuman itu dibuat hanya beberapa jam selepas Presiden Korea Selatan, Lee Jae-myung, bertemu dengan Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump, di Washington. Menurut kenyataan rasmi syarikat penerbangan itu pada Selasa, pesanan tersebut termasuk enjin gantian daripada GE Aerospace, dengan nilai keseluruhan dianggarkan mencecah AS$50 bilion…