PORTÉ-PUYMORENS: Seorang pengurus taman rekreasi di selatan Perancis ditahan pihak berkuasa bagi dakwaan diskriminasi agama selepas sekumpulan kanak-kanak dari Israel dihalang daripada memasuki taman tersebut. Menurut Pejabat Pendakwa Perpignan, kumpulan kanak-kanak berusia antara lapan hingga 16 tahun itu bercuti di Sepanyol dan membuat tempahan untuk mengunjungi Taman Pengembaraan Zipline Tyrovol di Porté-Puymorens Khamis lalu. Lokasi tersebut terletak berhampiran sempadan Sepanyol di kawasan pergunungan Pyrenees. Pihak pendakwa menyatakan pengurus taman pada…










